Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

3,000 berkumpul di pejabat PAS

 | April 28, 2012

Peserta terpaksa meninggalkan Dataran Merdeka setelah anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

FULL REPORT

PETALING JAYA: Kira-kira 3, 000 peserta Bersih kini berkumpul di Pejabat Agung PAS selepas meninggalkan Dataran Merdeka sebentar tadi.

“Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tang Seng Giaw, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (AJK PAS) dan beberapa pimpinan AMK (Pemuda PKR) sudah berada di sini.

“Bagaimanapun, pemimpin lain tidak kelihatan,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip.

Tambahnya, jumlah itu terus bertambah kerana peserta dari Sogo sedang dalam perjalanan.

Kata Rozan Azen, peserta terpaksa meninggalkan Dataran Merdeka setelah anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Manakala Timbalan Ketua Pemuda AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin memberitahu, ribuan orang masih berkumpul di Jalan Tun Perak tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, katanya kelihatan ramai anggota polis berkawal di kawasan tersebut.

Sementara itu, PAS mengarahkan peserta bersurai secara aman.

Kata ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, beberapa pemimpin kanan akan menyampaikan ucapan di pejabat agung parti.

“Orang ramai sedang berkumpul untuk mendengar ucapan tersebut,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments