Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

S’gor sedia khidmat guaman

 | May 1, 2012

Kerajaan negeri mengucap tahniah kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Selangor yang menyertai perhimpunan aman Bersih 3.0 demi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kehadiran lebih 200,000 orang di perhimpunan tersebut menggambarkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem sedia ada yang jelas membelakangkan sistem demokrasi jitu di Malaysia.

“Kerajaan negeri kesal dengan tindakan kasar dan tidak profesional anggota polis terhadap peserta serta petugas media dan berpendirian bahawa Perdana Menteri perlu pastikan perkara ini disiasat secara adil.

“Bagi memastikan hak perlembagaan rakyat dijaga, kerajaan Selangor akan menyediakan dana khidmat bantuan guaman kepada peserta perhimpunan yang menghadapi tindakan undang-undang.

“Tuntutan Bersih ini agar proses pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil serta disokong penuh oleh Kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

‘Selangorku Bersih’

Oleh kerana itu katanya, kerajaan negeri telah melancarkan program Selangorku Bersih demi membersihkan senarai daftar pengundi secara besar-besaran dengan penglibatan masyarakat setempat.

Menurut Abdul Khalid, di bawah Program Selangorku Bersih ini, ketua kampung, penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) akan turun padang untuk membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan senarai daftar pengundi di kawasan mereka adalah tepat dan bebas dari sebarang keraguan.

“Kita akan huraikan strategi program ini secara terperinci kepada penghulu, ketua kampung dan JKKK dalam satu pertemuan pada 8 Mei ini.

“Iltizam kerajaan Selangor berusaha untuk membersihkan daftar pengundi apabila mendapati pertambahan mendadak jumlah pengundi baharu di seluruh negeri Selangor.

“Tambahan pula terdapat sejumlah pengundi di Selangor dipindahkan tanpa pengetahuan pengundi itu sendiri,” ujar beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments