Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Isu Azmin: MB S’gor berlepas tangan

 | May 2, 2012

Beliau sekadar menjawab 'tiada komen' dan tersenyum apabila soalan mengenai perkara ini diajukan para pemberita.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil sikap berlepas tangan berhubung dakwaan foto lucah seiras Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dengan seorang wanita yang kini tersebar luas dalam berbagai blog.

Beliau sekadar menjawab ‘tiada komen’ dan tersenyum apabila soalan mengenai perkara ini diajukan para pemberita selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, di sini petang tadi. Beberapa exco yang hadir turut tergelak kecil.

Penyiaran foto lucah itu disiarkan blog pro Umno dan menunjukkan perbuatan seks didakwa antara Azmin dengan seorang wanita di beberapa tempat di sebuah rumah.

Namun Azmin segera menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia hanya bertujuan untuk mengaibkan diri dan keluarganya.

Solidariti untuk wartawan

Sementara itu, kerajaan negeri turut menyatakan sokongan dan mengutuk tindakan ganas polis terhadap para wartawan ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu, dengan mengenakan reben kuning yang diberi sekumpulan pemberita.

Reben kuning itu turut diedarkan kepada rakan-rakan wartawan lain yang bersama-sama membuat liputan sidang media petang tadi. Antara exco yang mengenakan reben kuning itu termasuk Teresa Kok, Ean Yong Hian Wah dan Yaakob Sapari.

Pita atau reben kuning ini adalah simbolik kepada kebebasan media di mana ia akan diraikan esok dengan memakai baju berwarna hitam. Abdul Khalid yang turut menyatakan rasa simpati ke atas nasib para wartawan yang terlibat berkata, tiba masanya untuk anggota masyarakat membuat perubahan.

“Kita sokong solidariti ini dan kebebasan media kerana ia nilai tambah kepada masyarakat kita untuk lebih berinformasi dan mampu membuat keputusan dengan lebih baik. Wartawan melakukan kerja kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab dan kerja mereka.

“Maaf tidak bererti kita setuju dengan tindakan polis tapi sudah tiba masa anggota masyarakat untuk berubah kini,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai cadangan pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) beliau menjelaskan bahawa projek itu memberi impak positif kepada pembangunan negeri Selangor.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri mengingatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) agar kadar tol yang akan dikenakan nanti adalah munasabah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments