Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Najib layan pemanggil talian Pakar 10 Mei depan

May 2, 2012

Pengerusi Barisan Nasional itu akan menjawab kira-kira tiga panggilan.

SHAH ALAM: Pemanggil Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional (Pakar) berpeluang berinteraksi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan melayan beberapa panggilan di pusat itu pada 10 Mei ini.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Pengerusi Barisan Nasional itu akan menjawab kira-kira tiga panggilan ke pusat berkenaan selepas merasmikan Pakar, yang terletak di Bangunan Umno Selangor pada hari tersebut.

“Pemanggil bertuah akan berinteraksi sendiri dengan Perdana Menteri dan mereka bakal menerima hadiah istimewa daripada Pakar,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Pakar yang mula beroperasi pada 9 April lepas berfungsi sebagai medium komunikasi dan perkhidmatan parti itu kepada rakyat menerusi talian 1-300-22-2626.

Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berhubung wakil rakyat di kawasan mereka, isu seperti kegagalan pengurusan masalah sampah, pertanyaan mengenai program BN seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia serta maklumat berkaitan parti itu melalui Pakar.

128 aduan

Mohd Zin berkata setiap laporan serta aduan yang diterima turut dihubungkan terus kepada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen seluruh Selangor untuk tindakan segera.

Beliau berkata sehingga 30 April lepas, Pakar menerima 1,138 panggilan di mana 400 daripadanya adalah berkaitan aduan seperti masalah sampah, jalan raya, lampu jalan dan rumput di seluruh negeri Selangor.

“Sebanyak 128 aduan adalah berkaitan masalah kutipan sampah yang masih berlaku di negeri itu walaupun Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid memaklumkan isu berkenaan telah selesai hakikatnya masih ada aduan sampah yang tidak dikutip,” katanya.

Mohd Zin berkata panggilan berhubung aduan itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan terutamanya di kawasan Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments