Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemimpin Umno cabar Azmin buat laporan polis

 | May 3, 2012

Cabaran dibuat oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Umno mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis agar siasatan penuh dijalankan untuk memastikan sama ada individu yang dipaparkan dalam blog mengenai aksi di dalam tandas dengan seorang wanita beliau atau sebaliknya.

Beberapa blog dan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan gambar tersebut.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo berkata, Azmin perlu membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya.

“Mengapa tidak buat laporan polis…bukan kena bayar pun buat laporan polis. Free (percuma)aja. Ramai orang hendak tahu siapa dalam gambar itu.

“Menafikan saja tidak cukup, kalau rasa tidak bersalah apa yang hendak takut,” katanya.

Manakala Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsee berkata, jika  Azmin orangnya jujur bahawa lelaki dalam jamban itu bukan dirinya, apa nak ditakutkan.

“Buat laoporan polis, saman blogger yang dedahkan skandal itu dan akhirnya, bersumpah al-Quran,” katanya.

Azmin nafi, saman Utusan

Bagaimanapun, Azmin menafikan individu tersebut beliau dan mendakwa ia permainan jahat Umno.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya yang bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga.

“Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro Umno,” kata Azmin dalam kenyataan media.

Beliau juga dilaporkan menyaman akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM100 juta berhubung tindakan akhbar tersebut menyiarkan gambar tersebut.

Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR menggesa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments