Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Sah sungguh ke k’jaan BN ini?

 | May 6, 2012

Mursyidul Am PAS mempersoal sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.

SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak tepat.

Malah Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan pula sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.

“Bila timbul masalah Bersih di sebut ketua kerajaan yang pergi Kelantan kelmarin, Bersih ini nak guling kerajaan yang sah. Sah sungguh
ke kerajaan ini?” soalnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis malam pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.

Kelmarin Najib dilaporkan berkata, bahawa perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.

Najib berkata tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

“Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir.” ujar Najib.

Kepincangan perlu diperbetulkan

Walau bagaimanapun, Nik Aziz berkata masih terdapat kepincangan yang perlu diperbetulkan kerajaan berhubung prosedur pilihan raya yang ada di negara ini.

Ini membabitkan pengundi hantu yang masih belum dapat dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Datuk Presiden PAS sebut berkali-kali mengenai undi luar yang di bawa masuk ke Terengganu tapi Umno tak boleh cabar. Bila undi luar masuk dalam pilihan raya umum ke-12 di Terengganu, (jadi) pilihan raya itu tak sah.

“Kamu (kerajaan) kata sah tapi akhirat kelak kebanyakkan wakil rakyat Umno yang menang di Terengganu akan masuk neraka kerana menang menggunakan undi hantu,” ujarnya.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan adalah untuk mengutip dana bagi negeri itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments