Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS temui 5,422 pengundi ragu dalam daftar baru

 | May 7, 2012

Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu sebahagian daripada senarai daftar pemilih baru pada suku pertama tahun 2012 yang sedang dipamerkan SPR.

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengenal pasti 5,422 pengundi berdaftar baru yang mempunyai kod nombor kad pengenalan luar biasa dan tidak serupa seperti warganegara biasa.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu sebahagian daripada senarai daftar pemilih baru pada suku pertama tahun 2012 yang sedang dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama dua minggu.

Mahfuz berkata, melalui pemeriksaan setakat semalam pihaknya mengesan kewujudan beberapa kod negeri kelahiran yang luar biasa dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), antaranya bernombor ’82′, ’67′, ’99′, ’77′, ’85′, serta ’71′.

Katanya, kod angka terbabit wujud selepas ’71′ yang dipertahankan JPN dengan alasan ia digunakan untuk rakyat asing yang mendapat taraf warganegara serta rakyat Malaysia yang lahir di luar negara.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan SPR menerima pendaftar yang kod kelahirannya tiada dalam rekod JPN.

Tidak ikut peraturan sendiri

“JPN perlu menjawab apakah mereka keluar di negeri yang tidak diketahui…sangat meragukan apabila JPN tak ikut kod kelahiran yang ditetapkan mereka sendiri,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu percaya kemungkinan sebahagian daripada senarai nama yang meragukan itu adalah warga asing yang baru memperoleh taraf kerakyatan.

“Saya percaya mungkin puluhan ribu lagi nama daftar pemilih yang ada dalam sistem JPN tapi kita tak nampak,” katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan wujudnya 113 pemilih yang bertugas sebagai pegawai latihan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA), namun diletakkan dalam kod lokaliti 400.

Lokaliti tersebut hanya digunakan oleh tentera bertugas yang membolehkan mereka menjadi pengundi awal.

Namun, menurut Mahfuz situasi ini tidak logik kerana Palapes hanyalah satu pasukan yang dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum universiti.

“Walaupun ada yang mempunyai kad pengenalan tentera, mereka sepatutnya diletakkan ke kem asal dan bukannya menjadi pengundi awal di Palapes IPTA.

“Kalau tidak pun mereka sepatutnya dijadikan sebagai pengundi biasa,” katanya yang menyifatkannya sebagai pertama kali dalam sejarah lokaliti sebegini timbul.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments