Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Umno tidak kemaskini rekod keahlian

 | May 9, 2012

MB S'gor menafikan beliau masih ahli Umno seperti dakwaan sebuah blog pro parti itu.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau masih merupakan ahli Umno di Pasir Tuntung seperti ditulis sebuah blog pro-Umno baru-baru ini.

Beliau sebaliknya berkata, Umno mungkin tidak mengemaskini keahlian di kawasan terbabit.

“Saya tidak tahu saya masih ahli. Pasir Tuntung itu alamat rumah mak saya. Boleh jadi Umno tidak kemaskini.

“Sepatutnya macam Keadilan (PKR), jika orang itu tukar (parti) maka mereka batalkan keahlian,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat  mingguan exco di sini hari ini.

Menyentuh mengenai teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu air, kerajaan negeri mendesak agar Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan penstrukturan semula industri pembekalan air di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri turut berharap agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui agar tidak berdolak dalih dan menggunakan kuasa untuk memastikan syarikat konsensi memberi persetujuan.

Penstrukturan semula industri air


Ujar beliau, penstrukturan itu diperuntukan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

“Kita amat hargai pandangan Sultan Selangor yang mengambil berat perkembangan yang berlaku di negeri ini dan setiap teguran oleh Baginda akan dijadikan panduan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir negeri.

“Maka kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil teguran Sultan dan laksanakan penstrukturan semula ini,” katanya.

Semalam, Baginda mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

Sebelum ini kerajaan negeri menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk terima tawaran kerana ia munasabah.

Dalam pada itu, exco negeri Dr Xavier Jayakumar pula berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan perbelanjaan sehingga RM5 juta bagi mengatasi masalah banjir.

Tiga kawasan tadahan air yang terjejas teruk itu ialah Sungai Teluk Gadong, Aur dan Puluh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments