Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

AMK: Sebahagian tinjauan UM meragukan

 | May 11, 2012

Khairul Annuar Ahmad Zainuddin memberitahu, kajian tersebut luar biasa dan sukar dipercayai sepenuhnya.

PETALING JAYA: Sayap pemuda PKR meragui sebahagian keputusan tinjauan pusat kajian demokrasi dan pilihan raya UM mengenai trend pengundian dalam PRU 13.

Bagaimanapun, bekas pemimpin pelajar itu menegaskan, peningkatan pengundi atas pagar dalam PRU 13 berlaku setelah kesedaran mereka meningkat.

Timbalan Ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin memberitahu, kajian tersebut luar biasa dan sukar dipercayai sepenuhnya.

“Selama ini mereka hanya mendapat maklumat dari BN tetapi kini menilainya dengan fikiran terbuka dari pelbagai sumber.

“Golongan ini cukup mengambil tahu mengenai apa yang berlaku dalam politik negara,” kata beliau lagi.

Menurutnya, pengundi atas pagar ini sangat penting kepada kemenangan parti sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat.

`Pengundi baru’

Khairul Anuar mengulas laporan oleh penyelidik pusat kajian demokrasi dan pilihan raya UM, Amer Saifude Ghazali yang berkata, kumpulan 30 peratus itu akan menentukan siapa dan parti mana yang akan menang PRU 13.

Menurut Amer, 49 peratus pengundi memilih BN, manakala 21 peratus mahu mengundi Pakatan Rakyat.

Manakala, bekas Presiden Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, 3o pengundi atas pagar tersebut adalah pengundi baru yang kali pertama mengundi.

“Mereka tidak menjadi ahli mana- mana parti tetapi boleh mempengaruhi kemenangan di tempat-tempat tertentu.

“Sebahagian besar mereka merupakan penduduk di kawasan bandar. Pengundi baru di luar bandar sedikit sahaja,” tambah beliau.

Katanya,  walaupun tidak menyebelahi mana-mana parti tetapi mereka memerhatikan dengan dekat isu politik negara.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments