Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Jingga 13 cabar BN mansuhkan segera tol Batu 3 dan Sungai Rasau

May 12, 2012

Fariz Musa berkata, kos pembinaan dan telah mengaut keuntungan sejak mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 sehingga sekarang .

PETALING JAYA: Sebuah NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat mencabar kerajaan BN memansuhkan segera tol Batu 3 dan Sungai Rasau kerana sudah tidak relevan dan membebankan rakyat.

Jingga 13 berkata, tindakan mempertahankan operasi kedua-dua plaza tol tersebut ternyata adalah merupakan tindakan yang bertujuan untuk terus membebankan rakyat.

Ketua Kordinatornya, Fariz Musa berkata, kos pembinaan dan telah mengaut keuntungan sejak mula berkuatkuasa pada 15 November 1993 sehingga sekarang .

“Ternyata kerajaan Umno/BN bukan sahaja bertujuan untuk memindahkan beban pembayaran kos pembinaan pembesaran Lebuhraya Persekutuan berjumlah RM357 juta kepada rakyat , tetapi turut mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa rasa bersalah .

“Jingga 13 melihat perjanjian mengutip tol oleh kerajaan Umno /BN Pusat kepada syarikat konsesi iaitu PLUS sehingga tahun 2018 sudah tidak lagi relevan dan perlu dibatalkan segera tanpa diberikan sebarang pampasan kerana PLUS bukan sahaja memperolehi pulangan modal tetapi mengaut keuntungan sudah hampir 20 tahun,” katanya .

Janji 100 hari

Berikutan itu, Jingga 13 menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap usaha AMK Selangor menganjurkan perhimpunan aman mansuhkan tol Batu 3 dan Sungai Rasau, petang esok.

Fariz berkata, AMK prihatin terhadap penderitaan dan kesengsaraan rakyat yang terpaksa menggunakan Lebuhraya Persekutuan tersebut setiap hari dan menanggung kos pembayaran tol yang sudah tidak lagi relevan.

Beliau juga menegaskan Jingga 13 yakin dan percaya kerajaan Pakatan Rakyat memansuhkan tol dalam tempoh 100 hari memerintah.

“Bukan sahaja Plaza Tol Batu 3 dan Plaza Tol Sungai Rasau tetapi tol seluruh Malaysia,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments