Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Ucapan Najib pembakar semangat hadapi PRU 13

May 12, 2012

Perhimpunan itu memberi gambaran bahawa anggota parti sudah bersedia berjuang untuk mengembalikan kegemilangan sebagai parti Melayu terunggul.

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tinggi Umno berkata, ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi adalah pembakar semangat bagi  menghadapi pilhan raya umum k3.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ucapan Perdana Menteri penuh semangat dan perpaduan orang Melayu masih kukuh.

Makanala Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan mahu ia diterjemahkan dalam bentuk tenaga untuk memastikan Umno terus erelevan dan kekal dalam perjuangannya.

“Seperti apa yang dikatakan oleh Presiden kita mesti bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya akan datang, Umno merupakan parti yang amat berjasa kepada rakyat dan ia perlu kekal,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil di sini malam ini.

Shafie menarik perhatian berkata perhimpunan itu memberi gambaran bahawa anggota parti sudah bersedia berjuang untuk mengembalikan kegemilangan sebagai parti Melayu terunggul.

Bukan retorik

Seorang lagi , Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar semua anggota Umno memberi komitmen yang penuh untuk melaksanakan apa yang diucapkan oleh Presiden parti.

“Apa yang disampaikan oleh Presiden terbukti bukan sekadar retorik, kita harus bekerja dengan lebih keras lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan semua anggota parti khususnya Puteri Umno supaya menghayati amanat daripada Presiden parti agar bekerja keras bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Umno pada pilihan raya akan datang.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments