Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pekema rayu longgar syarat pinjaman kereta

May 14, 2012

Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata pelonggaran syarat itu penting bagi memastikan industri automatif negara terus berkembang.

KOTA KINABALU:  Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) merayu kerajaan Persekutuan, terutama Bank Negara Malaysia (BNM) supaya melonggarkan sedikit syarat baharu pinjaman sewa beli kereta yang menurut mereka telah menjejaskan jualan kereta import dan kereta yang dipasang di negara ini.

Presiden Pekema Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata pelonggaran syarat itu penting bagi memastikan industri automatif negara terus berkembang.

“Kita jangka industri automatif lembab tahun ini kerana dasar sekatan pinjaman yang begitu ketat oleh BNM. Kita juga jangka pasaran kereta (import) akan menurun sekitar 30 peratus untuk tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Pekema Sabah dan Sumbangan Amal Yayasan Pekema di sini malam tadi.

Mengikut statistik jumlah kereta yang diimport tahun lepas mencecah angka 610,000 manakala jumlah kereta import yang tidak dapat dijual ialah sekitar 15,000, katanya.

Tahun ini, Zainuddin berkata Pekema menyasarkan jumlah kereta yang diimport sebanyak 615,000 meski pun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Walau pun kereta import ada pasaran sendiri, namun oleh kerana harga melebihi RM100,000, kita jangkakan kita terima tamparan yang lebih tinggi daripada kereta tempatan.

“Sebab itu, kita mohon kerajaan atau BNM supaya longgarkan sikit syarat untuk pinjaman kereta,” katanya.

Mengenai jualan kereta import di negara ini, Zainuddin berkata, secara keseluruhannya, nilai jualan tidak statik kerana harga kereta import
berbeza-beza.

Bagaimana pun, katanya jumlah cukai jualan yang dibayar oleh pengimport kereta tahun lepas ialah hampir RM1 bilion.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments