Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

MIC akan serah senarai calon kepada PM

May 17, 2012

Difahamkan, MIC menyenaraikan 50 calon sebelum pemilihan 28 calon diputuskan kelak.

KUALA LUMPUR: MIC menyenaraikan muka baru dan lama sebagai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan diserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekembali beliau ke tanah air.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata senarai itu akan disenaraipendekkan oleh Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Siapa calon terbaik akan diputuskan kelak. Ada muka baru dan muka lama. Kita telah pun buat perbincangan dengan akar umbi dan turun padang untuk melengkapkan senarai ini.

“Kini kami akan bincang dengan Pengerusi BN pula,” kata Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan Hari Kembara Ilmu Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, hari ini.

Najib kini dalam lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat.

28 calon

Difahamkan, MIC menyenaraikan 50 calon sebelum pemilihan 28 calon diputuskan kelak.

Pada pilihan raya umum 2008, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu memenangi tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri.

Ditanya kemungkinan berlaku pertukaran kerusi Parlimen dan DUN bagi MIC pada pilihan raya umum akan datang, Palanivel berkata parti itu bersedia untuk berbincang mengenainya.

Terdahulu, Palanivel melancarkan U-Pustaka peringkat Intan yang merupakan perkhidmatan perpustakaan berkonsep pinjaman dan pemulangan buku secara dalam talian.

Lapan perpustakaan dipilih sebagai anggota konsortium U-Pustaka iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Perpustakan Awam Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur dan Intan.

Ahli konsortium boleh membuat pinjaman melalui www.u-library.gov.my/ dan bahan-bahan yang dipinjam boleh dihantar ke rumah melalui kerjasama Pos Malayisa Berhad dengn bayaran berpatutan.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments