Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS letak calon bukan Islam di Johor, S’wak

May 17, 2012

Mereka memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak menang.

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw berkata PAS akan meletakkan calon untuk dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.

“Perkara ini sudah dipersetujui PAS pusat. DHPP memang meminta PAS pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun Dun.

“Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan akhir bergantung kepada PAS pusat,” katanya di sini, hari ini.

DHPP adalah sayap kepada PAS, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Hu berkata dalam usaha meletakkan calon dari sayap DHPP, mereka memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak menang.

Sebagai contoh, meletakkan calon PAS dari kalangan DHPP di kawasan yang majoriti pengundi orang Melayu akan meletakkan parti itu dalam keadaan sukar untuk mencapai kemenangan, katanya.

Hu berkata senarai calon dari sayap DHPP akan dihantar kepada PAS pusat melalui PAS negeri, dan setakat ini, calon untuk Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Sarawak telah dikenal pasti.

Pada PRU 2008, PAS meletakkan seorang calon dari kaum India untuk bertanding kerusi Dun kawasan Tiram di Johor, dalam kawasan
Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN).

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments