Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pembangkang dakwa rakyat makan rumput

 | May 20, 2012

Kenyataan liar seumpamanya bukan sahaja boleh mencetuskan kebencian terhadap jentera kerajaan malah akan menyebabkan ketidakstabilan politik.

Sekitar Dun Sarawak

KUCHING: Pembangkang sengaja menggunakan isu ‘makan rumput’ dalam kempen politik mereka sebelum pilihan raya negeri lepas hanya semata-mata untuk menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat terhadap kerajaan.

Dr Annuar Rapaee (BN-Nangka) berkata, kenyataan liar seumpamanya bukan sahaja boleh mencetuskan kebencian terhadap jentera kerajaan malah akan menyebabkan ketidakstabilan politik.

“Mereka sanggup mengatakan rakyat negeri ini akan terus ‘makan rumput’ sekiranya BN tidak ‘digulingkan’ pada pilihan raya negeri lepas.

“Ini merupakan satu pembohongan besar. Paling mendukacitakan mereka tergamak memaparkan perkataan terbabit di papan-papan tanda di sekitar bandar raya ini dalam bahasa Mandarin,” tegasnya ketika membahas usul penghargaan Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan

Negeri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke17 semalam.

Sewajarnya pihak pembangkang katanya menunjukkan kesopanan selain menghormati kepimpinan BN dan memberikan teladan yang baik kepada rakyat yang diwakili mereka.

“Jangan bersikap biadap dan tidak bersopan. Adakah wajar mengatakan rakyat akan terus ‘makan rumput’ di bawah pentadbiran kerajaan BN.

“Saya ingin mencabar anda (pembangkang) dengan bertanya balik sama ada laporan menyebut rakyat di Sarawak dibiarkan ‘makan rumput’ setakat ini? Jawapannya tiada bukan?” soalnya.

Dalam pada itu, Dr Annuar menyeru kerajaan negeri agar dapat mempercepatkan proses kelulusan bagi pembinaan projek Bandong Walk.

Idea berkenaan ujarnya adalah untuk mewujudkan prasarama bersepadu ini telah dibentang dalam resolusi Konvensyen Bumiputera Nangka pada Februari lalu.

“Ia mempunyai signifikan yang cukup besar dalam usaha kami memberi wajah yang lebih kemas dan moden bagi kawasan Kampung Bandong dan penduduk sekitarnya.

“Malah inisiatif ini bukan saja menjadi nadi pembangunan penting di kawasan itu tetapi juga boleh membuka peluang perniagaan  terutama kepada kampung di sekitarnya,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments