Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

BN S’gor persoal penggunaan air lombong atasi krisis air

 | May 21, 2012

Koordinator BN, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata rawatan merawat air lombong memerlukan kos yang tinggi.

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoalkan cadangan penggunaan air mentah dari bekas lombong oleh kerajaan negeri bagi menampung keperluan air di Lembah Klang.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata rawatan merawat air lombong memerlukan kos yang tinggi.

Malah soal beliau, adakah rakyat mampu menggunakan air lombong yang didakwa tidak mampu disalurkan dengan baik.

“Kerajaan Pakatan lebih suka berpolitik dari memikirkan soal kebajikan rakyat. Mereka lebih takut jika BN mendapat ‘mileage’ hasil Loji Rawatan Air Langat 2 sehingga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui mereka akan menggunakan air lombong jika masalah air di Selangor masih berterusan.

“Soalnya, bukankah untuk merawat air lombong juga memerlukan kos yang tinggi? Dan sanggupkah kita menggunakan air lombong yang langsung tidak disalurkan dengan baik? soal beliau.

Pada minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Kelang

Krisis air

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.

Katanya, jika dilaksanakan dakwaan pihak tertentu akan berlaku krisis air di Lembah Kelang krisis air 2014 adalah tidak tepat.

Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih tergendala selepas isu penyusunan semula industri air negeri itu melalui perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan masih gagal mencapai penyelesaian.

Namun Mohd Zin menegaskan isu penstrukturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat merupakan perkara berasingan.

Beliau turut menuduh bahawa kerajaan negeri Selangor sengaja mempolitikkan isu air ini sedangkan ia melibatkan kepentingan awam.

Ujarnya BN Selangor berjanji akan memastikan masalah ini segera selesai sekiranya mereka kembali memerintah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments