Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Peningkatan denggi di Selangor bukan kerana sampah

May 21, 2012

Dr Xavier Jayakumar menyelar kenyataan Dr Liow Tiong Lai kerana memberikan kenyataan yang mengelirukan dan berbau politik itu.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor mendakwa sampah bukan punca utama peningkatan kes denggi sebaliknya berpunca tapak perumahan terbengkalai, rumah kosong kawasan sekolah dan pejabat serta premis kerajaan di negeri itu.

Exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar dalam kenyataan meda berkata, isu pungutan sampah telah berjaya ditangani oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan berkesan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau menuduh isu itu diperbesarkan dan seterusnya diputarbelitkan oleh media perdana pro Umno/BN saban hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Liow  Tiong Lai dilaporkan sebagai berkata, punca utama peningkatan kes denggi di Selangor disebabkan oleh pungutan sampah yang tidak mengikut jadual ditetapkan.

“Kerajaan Selangor merasa kesal apabila Dr Liow menuding jari kepada kerajaan negeri sedangkan Kementerian Kesihatan / Kerajaan Persekutuan sendiri telah gagal menurun peruntukan dana menyediakan peralatan dan  tenaga kerja tambahan.

“Kerajaan negeri melalui PBT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah telah bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti dan program-program pembasmian denggi di seluruh 12 PBT di Negeri Selangor,” kata beliau.

Bercakap kosong

Dr Xavier menyelar kenyataan Dr Liow kerana memberikan kenyataan yang mengelirukan dan berbau politik itu.
‘Sampling’ di hotspot tersebut jelas menunjukkan bahawa ianya tiada kena mengena dengan isu pungutan sampah seperti yang dibangkitkan oleh Dr Liow.

“Kita sarankan  beliau agar bersikap lebih professional dan janganlah terikut-ikut perangai buruk pemimpin Umno/BN yang membangkitkan pelbagai isu sejak kebelakangan ini untuk memburuk-buruk pentadbiran Kerajaan Pakatan.

“Harus diingat bahawa pejabat Dr Liow  sendiri iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia terletak di Putrajaya dan Putrajaya sendiri adalah antara kawasan panas wabak (hotspot) tertinggi kes pembiakan nyamuk denggi,” tegasnya.

Dr Xavier mencabar Menteri Kesihatan itu padang dan menunjukkan kepada saya di mana longgokan sampah di bawah selian PBT setempat yang menjadi lokaliti ‘hotspot’ kes denggi tersebut.

Kegagalan beliau berbuat demikian akan mengesahkan kepada umum bahawa beliau hanyalah bercakap kosong dan isu yang sedang hangat dibangkitkan adalah merupakan propaganda politik.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments