Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Batal Bersih 4.0 jika boleh tuntut kerugian

 | May 23, 2012

Namun Datuk Jamal Md Yunos belum bercadang untuk menyaman penganjur perhimpunan Bersih 3.0.

KUALA LUMPUR: Para peniaga Kuala Lumpur sedia mempertimbang membatalkan cadangan untuk mengadakan protes Bersih 4.0 di hadapan rumah Datuk S Ambiga jika mereka dapat menuntut ganti rugi.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunos berkata mereka sedia membatalkannya sekiranya tahu kepada siapa mereka boleh menuntut kerugian yang didakwa dialami ketika perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April lalu.

“Sekiranya kami dimaklumkan mengenai pihak yang boleh kami tuntut kerugian tersebut sebelum pukul 4 petang esok, kami akan membatalkan hasrat berniaga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara,” kata Jamal dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Restoran Ikan Bakar Sekinchan miliknya itu.

Majlis tersebut bercadang untuk menganjur protes berniaga yang dinamakan Bersih 4.0 di sepanjang Jalan Setiakasih sebagai bantahan mereka terhadap pengerusi bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

Seramai 60 peniaga akan memprotes dari pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam esok dan lusa.

Ketika ditanya samada mereka akan turut menyaman jawatankuasa bertindak seperti yang dibuat kerajaan hari ini, Jamal menolaknya kerana belum pasti mengenai pihak yang bertanggungjawab.

Buang masa


“Kemungkinan kami akan buat tuntutan pada pihak bertanggungjawab. Fail saman sekarang buang masa saja,” kata Jamal yang mempunyai 18 cawangan kedai ikan bakar dan sebuah syarikat jualan kereta.

Jamal turut mengumumkan rancangan menghadiahkan kereta mewah untuk meningkatkan sokongan kepada mereka melalui laman sosial Facebook.

“Pengunjung restoran yang menjadi rakan Facebook ke 150,000 akan menerima sebuah kereta BMW 530 keluaran tahun 2005 yang bernilai RM220,000.

“Pengunjung yang ke 1 juta pula akan menerima Lamborghini Gallardo keluaran tahun 2009 bernilai RM1.2 juta,” kata Jamal.

Menurutnya lagi, mereka yang berminat juga harus makan di kedai ikan bakarnya dan akan menerima diskaun sebanyak 30%.

Ketika ditanya samada pihaknya akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan ketika protes, Jamal bersikap lepas tangan.

“Kami buka gerai untuk berniaga. Kalau orang ramai datang buat kecoh itu bukan masalah kami,” kata Jamal.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments