Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Kemasukan pendukung LGBT luar kerana ada dalang

May 23, 2012

Individu berkenaan juga bertanggungjawab "mengimport" masalah tersebut ke negara ini, termasuk membawa masuk pendukung LGBT antarabangsa Irshad Manji yang beragama Islam.

ALOR SETAR: Kerajaan sukar menyekat kemasukan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ke negara ini kerana tidakan itu didalangi individu tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya individu berkenaan juga bertanggungjawab “mengimport” masalah tersebut ke negara ini, termasuk membawa masuk pendukung LGBT antarabangsa Irshad Manji yang beragama Islam.

“Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) tetapi kita kena faham kehadirannya (Irshad Manji) dalam keadaan yang tak bertujuan, datang guna pas lawatan biasa dan kita sedang berusaha meminimumkan masalah ini.

“Kita memang sentiasa berusaha untuk tangani masalah ini sebab negara kita bebas dimasuki orang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan Umno Kedah, di sini petang semalam.

Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan Umno Kedah, berkata Jakim juga sejak dari awal menentang percubaan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk S. Ambiga untuk mengadakan ‘Seksualiti Merdeka’.

Rakyat negara ini dipandu berdasarkan agama, bukan pemikiran sendiri dan setiap individu perlu mematuhi undang-undang yang ada, katanya.

“Semua agama terutamanya Islam tidak mengizinkan perbuatan seperti ini bahkan secara semula jadi naluri manusia juga tak mengizinkan perkara tersebut berlaku,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga telah dipanggil ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva baru-baru ini bagi menjelaskan sebab Malaysia menjadi antara negara yang menentang kuat LGBT.

Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments