Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Alasan saman Bersih 2.0 tidak munasabah

 | May 24, 2012

Menurut Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa, kerajaan sepatutnya menyaman SPR, PDRM dan DBKL.

PETALING JAYA: Sebuah NGO pro-Pakatan Rakyat, Jingga 13 hari ini menyelar tindakan kerajaan menyaman pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga dan sembilan ahli jawatankuasa bertindak atas penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menurut Ketua Penyelaras Fariz Musa, tindakan kerajaan menyaman mereka adalah tidak munasabah dan menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 adalah keterlaluan.

“JINGGA 13 juga mendesak agar pihak kerajaan menarik balik saman tersebut yang tidak masuk akal dan tindakan juga wajib diambil ke atas Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein.

“Beliau (Hishammuddin) juga bertanggungjawab terhadap tercetusnya kegawatan suasana perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April,” kata Fariz dalam satu kenyataan media.

Semalam pihak kerajaan memfailkan saman menuntut kerugian sebanyak RM122,000 dan deklarasi bahawa tindakan jawatankuasa penganjur perhimpunan Bersih 3.0 tersebut telah bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jawatankuasa Bersih juga sedang menimbang untuk menyaman pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Di samping itu, Fariz turut menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya menyaman tiga agensi kerajaan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKL.

SPR punca utama


“SPRlah yang menjadi punca utama kenapa perhimpunan Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0 kerana SPR yang GAGAL menjadi badan yang benar-benar berkecuali, telus, adil dan profesional dalam mereformasikan sistem pilihanraya.

“Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR wajib bertanggungjawab dan diambil tindakan undang-undang hingga menyebabkan rakyat terpaksa mengambil jalan turun ke jalanraya sebagai alternatif bagi mendesak sistem pilihanraya benar-benar bersih, adil dan diyakini,” kata Fariz.

Katanya, Jingga 13 juga mahu tindakan diambil terhadap PDRM dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.

“PDRM wajib dipersalahkan sehingga menyebabkan perhimpunan aman Bersih 3.0 menjadi tidak terkawal, bermula dengan tindakan tembakan gas pemedih mata dan bertindak diluar batas perikemanusiaan tehadap para demonstran.

“KPN wajar disaman dan diambil tindakan undang-undang kerana PDRM menjadi pencetus suasana yang tidak mampu dikawal oleh mana -mana pihak apabila tindakan polis yang mula menyerang para demonstran dengan gas pemedih mata, memukul dan membelasah mereka.

“Kami juga mahu DBKL dan Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail turut bertanggungjawab kerana cuba menyekat Perhimpunan Bersih 3.0.

Menurutnya, tindakan menggunakan perintah mahkamah menghalang perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka adalah tindakan yang terlalu dangkal dan melampau.

“Ini menimbulkan rasa kurang senang rakyat yang hadir secara aman untuk menuntut agar 8 tuntutan Bersih dilaksanakan demi kecintaan kepada negara,” kata Fariz.

Lihat juga:

Govt sues Ambiga, Bersih over rally

Bersih won’t hesitate to sue DBKL, police


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments