Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Bimbang FGVH gagal seperti penswastaan Dr Mahathir

 | May 29, 2012

Jika projek penswastaan beratus bilion bangkrap pada krisis kewangan 1997-1998, apa lah sangat modal FGVH hanya RM20 bilion.

PETALING JAYA: NGO pejuang peneroka Felda bimbang nasib Felda Global Ventures Holdings (FGVH) akan gagal seperti penswastaan negara sekitar tahun 1990-an.

“Saya bimbang FGVH akan mengalami nasib sama dengan  projek penswastaan beratus bilion ringgit semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Jika projek penswastaan beratus bilion bangkrap pada krisis kewangan 1997-1998, apa lah sangat modal FGVH hanya RM20 bilion,” kata Presiden Anak, Mazlan Aliman.

Mazlan juga membanding kegagalan unit amanah saham yang dilancarkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

“Berapa ramai pelabur unit Amanah Saham Johor (ASJ) yang bangkrap kerana kegagalan pelaburan tersebut,” katanya.

`Siapa nak bayar rugi’

Anak sebuah NGO yang rapat dengan PAS sedang giat melancarkan kempen supaya peneroka menolak FGVH yang akan dilancarkan Jumaat ini.

Mazlan menambah, jika FGVH akan gagal pihak manakah yang akan membayar ganti rugi terhadap pelaburan peneroka.

Katanya, adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada 112, 635 peneroka jika FGVH itu akan mengalami kegagalan.

“Kerajaan asyik mencanangkan mengenai kejayaan FGVH tetapi tidak mengenai kegagalan. Jangan lepas tangan kepada peneroka pula.

“Dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham mereka menggunakan wang sendiri berbanding dengan FGVH yang menggunakan wang  dan aset peneroka.

“Borang yang ditandatangani oleh peneroka untuk menyertai FGVH menyebut semua risiko kerugian akan ditanggung peneroka,” tambah beliau.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments