Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Buku Irshad Manji: Jais tahan Ezra Zaid

 | May 29, 2012

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800.

FULL REPORT

SHAH ALAM: Pengarah syarikat ZI Publication, Ezra Zaid ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal tengah hari tadi, berhubung penerbitan buku “Allah, Kebebasan dan Cinta” oleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) kerana menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syara’.

Seksyen berkenaan menjelaskan bahawa mana-mana orang yang mencetak, menyiar, menerbit, merakam atau menyebarkan dengan apa -apa cara, buku atau dokumen atau bentuk lain rakaman yang mengandungi apa jua yang bertentangan dengan hukum syara’.

Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.

Hakim Shahrudin Selamat memutuskan perkara itu di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Kes dibawa ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan tarikh sebutan akan ditetapkan kemudian.

Maklumat orang ramai

Menurut Pemangku Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad, serbuan ke atas premis itu dilakukan jam 11.30 tengah hari tadi di Merchant Square, Petaling Jaya dan merampas 180 naskah buku berkenaan.

Mohd Shahzihan yang dihubungi berkata, serbuan dibuat melalui maklumat orang awam.

“Ketika serbuan dibuat memang didapati ada naskah buku tersebut. Kita datang dengan waran dan menangkap Ezra.

“Seramai 20 anggota penguatkuasa Jais menyerbu syarikat milik Ezra itu dan Jais telah menahannya untuk siasatan berhubung dakwaan mengedar buku yang telah diharamkan penjualannya,” katanya.

Ezra yang ditemani peguam, Nizam Bashir berkata akan pertimbangkan tindakan selanjutnya ke atas Jais dan membuat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan penerbitan buku berkenaan.

“Saya rasa ini menunjukkan Jais hanya berminat untuk menyerbu dan menuding jari di atas kesalahan orang dan memalukan mereka,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments