Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Jais bertindak ikut undang-undang

 | May 30, 2012

"Pergerakan Jais berdasarkan kuasa, akta, enakmen yang ada. Malah saya tidak akan menyekat sebarang operasi Jais," kata MB Selangor.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya tidak akan menyekat operasi yang dijalankan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kerana ia mengikut kuasa dan enakmen undang-undang sedia ada.

Beliau berkata demikian merujuk kepada serbuan dilakukan Jais ke atas syarikat penerbitan ZI Publication milik Ezra Zaid semalam, didakwa mengedar dan menerbitkan buku “Allah, Kebebasan dan Cinta” yang bertentangan dengan hukum syara’.

Buku tersebut ditulis oleh penulis kontroversi dari Kanada Irshad Manji, malah Jais turut merampas 180 naskah buku berkenaan.

Abdul Khalid yang memegang portfolio agama Islam berkata, keadilan akan ditentukan oleh mahkamah.

“Pergerakan Jais berdasarkan kuasa, akta, enakmen yang ada. Malah saya tidak akan menyekat sebarang operasi Jais.

“Dengan kuasa itu Jais buat tindakan. Maka mereka yang terlibat akan dibawa ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan sama ada tindakan Jais atau yang terlibat itu betul atau tidak,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Ezra yang juga merupakan anak tokoh politik, Datuk Zaid Ibrahim ditahan dan siasat dibawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) kerana menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syara’.

Beliau kemudian membayar wang jaminan sebanyak RM1,800 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, sebanyak 94,474 borang kaji selidik daftar pengundi turut diserahkan kepada tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Tujuh kawasan Dun itu adalah, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selat Klang, Sri Serdang, Kota Anggerik, Batu Tiga, Sri Muda dan Sri Andalas.

Penyerahan borang itu adalah kesinambungan dari program Selangorku Bersih bagi membersihkan daftar pengundi sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments