Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Debat dengan hakim, kata Khalid kepada Zaid

 | May 31, 2012

Polemik ini tercetus berhubung tindakan Jais menahan anak Zaid, Ezra kerana menerbit dan mengedar buku kontroversi, "Allah, Kebebasan dan Cinta".

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cabaran bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengambil tindakan undang-undang ke atas penerbit dan pengedaran buku kontroversi “Allah, Kebebasan dan Cinta”.

Zaid menyuarakan cabaran itu di laman sosial twitter semalam sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai takut kepada Jais.

Memetik tulisan Zaid, beliau berkata “MB Selangor berkata Jais bertindak ikut kuasa. Dia takut dengan mereka. Saya akan dilepaskan tak

lama lagi. Adakah MB terima debat terbuka dengan saya mengenai isu ini?”

Abdul Khalid sambil berseloroh berkata Zaid boleh berdebat dengan hakim sekiranya tindakan Jais itu tidak mengikut undang-undang.

“Berdebatlah dengan hakim jika tindakan Jais tidak betul. Bukan berdebat dengan saya.

“Kalau benar (apa yang Zaid kata) maka saya terima keputusan hakim. Malah saya tidak kata pegawai Jais betul 100 peratus.

“Cuma saya kata pegawai Jais ikut panduan, enakmen dan ada kuasa untuk kes itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis Konvensyen Pimpinan Pekerja Selangor 2012.

ZI Publication yang dimiliki anak Zaid, Ezra ditahan dan siasat dibawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) kerana menerbitkan buku tersebut yang bertentangan dengan hukum syara’ pada Isnin lalu.

Buku tersebut ditulis oleh penulis kontroversi dari Kanada Irshad Manji, malah Jais turut merampas 180 naskah buku berkenaan.

Projek komersial PKNS

Sementara itu, menyentuh mengenai projek komersial di padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7, Kelana Jaya, beliau menjelaskan perkara itu akan dibincangkan semula dengan pihak berkaitan.

Katanya, jika benar projek itu tidak patut dilaksanakan maka ia perlu persetujuan dan perbincangan dengan penduduk kawasan berkenaan.

“MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) ada struktur pelan. Saya mahu lihat dulu sebelum ia dipamerkan kepada semua pihak dan diterima. Ia boleh ditarik semula tapi perlu dibincang.

“Sekarang ini ada yang kata betul dan salah. Beri ruang kepada PKNS, Jabatan Perancang Bandar dan Desa serta MBPJ untuk tentukan mana yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan MBPJ yang tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk membangunkan projek komersial di kawasan tersebut.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman hari ini dilaporkan berkata, MBPJ hanya akan mengguna pakai Rancangan

Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang dicetak oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Selangor.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments