Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Fasa kedua ‘durian runtuh’ 7 Julai

 | May 31, 2012

Pengumuman rasmi pusingan kedua agihan RM5,000 itu akan dibuat sempena Hari Peneroka dan Perasmian Menara Felda yang baru tidak lama lagi.

FULL REPORT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan agihan fasa kedua ‘durian runtuh’ kepada golongan isteri peneroka pada 7 Julai depan.

Katanya, pengumuman rasmi pusingan kedua agihan RM5,000 itu akan dibuat sempena Hari Peneroka dan Perasmian Menara Felda yang baru.

‘Durian runtuh’ fasa pertama sebanyak RM5,000 kepada peneroka mula diagihkan sejurus pengumuman Najib pada 8 Mei lalu di Jengka 8, Jerantut.

Najib dalam ucapannya semasa melancarkan prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGVH) berkata, penyenaraian ini merupakan yang terbesar di Asia tahun ini.

“Saham terbitan awam (IPO) ini juga merupakan kedua terbesar di dunia bagi tahun ini selepas Facebook,” katanya di Dewan Perdana Perdana Felda di sini hari ini.

Najib berkata daripada sejumlah 255.37 juta saham terbitan penawaran runcit FGVH, sebanyak 182.4 juta saham diperuntukkan kepada pekerja dan peneroka Felda yang layak manakala baki 72.96 juta saham terbitan diperuntukkan kepada awam.

“Maka desas-desus yang mengatakan kerajaan akan memanipulasikan peneroka dengan penyenaraian ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Lonjakan berganda

Beliau berkata, penyenaraian FGVH ini dibuat supaya Felda dapat menjana kekayaan secara lonjakan berganda melalui pasaran saham yang berperanan sebagai syarikat komoditi multinasional.

Katanya, tiada cara lain yang boleh menjana kekayaan dengan jumlah yang besar dan pantas selain menyenaraikan Felda ke Bursa Saham.

“Jika nak aset dan membangunkan perladangan, maka cara yang terbaik adalah senaraikan saham FGVH tanpa menyentuh tanah peneroka atau menjual tanah FGVH tapi pajakkan sahaja, aset masih ada ditangan kita,” katanya.

Najib berkata, penyenaraian ini juga dapat membantu meningkatkan sumbangan Pendapatan Negara Kasar (GNI) industri sebanyak RM125 bilion kepada RM178 bilion menjelang tahun 2020.

Beliau turut yakin kerjasama strategi dengan syarikat komoditi asing, Louis Dreyfus mampu membuka pasaran baru sekaligus dapat meluaskan potensi Felda secara global.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments