Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Himpunan Hijau landasan PAS eratkan perpaduan parti

May 31, 2012

PAS kini berdepan beberapa krisis termasuk pemecatan Pesuruhjaya Selangor, Datuk Hasan Ali.

PETALING JAYA: Himpunan Hijau PAS yang menggantikan muktamar bermula esok adalah untuk merapat dan mengukuhkan perpaduan di kalangan pemimpin parti yang dilanda beberapa kontroversi sejak kebelakangan ini.

Selepas muktamar 2011 di Gombak, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali dipecat ekoran kenyataannya mengenai gerakan murtad di negeri itu.

Bagaimanapun, bekas Naib Presiden PAS itu mendakwa pemecatannya didalangi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa selepas kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS kepada tokoh popular Mohamad Sabu, kini mempunyai pendirian yang sangat berbeza dengan parti.

Antaranya, beliau mengsyorkan muzakarah antara PAS dan Umno diteruskan untuk kebaikan umat Islam walaupun ditentang pemimpin-pemimpin kanan lain termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

PAS mensasarkan untuk mendapatkan penyertaan seramai 100, 000 orang dalam Himpunan Hijau yang akan diadakan di Alor Setar itu.

Himpunan Hijau akan bermula dengan taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut.

Manakala pada sesi kedua akan bemula selepas solat Jumaat di di Stadium Darul Aman menghimpunkan anak seluruh anak muda dalam program yang dipanggil ‘Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya’.

Tokoh masuk PAS

Pada sebelah malam, Abdul Hadi akan menyampai ceramah perdana di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Turut berucap ialah Nik Aziz.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata perhimpunan ini adalah untuk merapatkan pemimpin, ahli dan penyokong walaupun ada perbezaan pendapat di kalangan mereka.

Bagaimanapun, kata tokoh veteran dan tahan lasak ini, Himpunan Hijau bukan untuk menyaingi perhimpunan merah  Umno di Bukit Jalil pada 11 Mei lalu.

Ketua Penerangan, Datuk  Tuan Ibrahim  Tuan Man  memberitahu, sasaran 10, 000 boleh dicapai berdasarkan respons dari seluruh negara.

“Sebahagian mereka yang tinggal jauh dari Kedah akan mula bertolak dengan bas dan kereta persendirian mulai malam ini.

“Mereka akan berkumpul di Kedah menyertai semua acara sehingga mendengar ceramah Presiden,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, beberapa tokoh pelbagaI bidang termasuk korporat dan bekas tentera dan polis akan menyerah borang menyertai PAS.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments