Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Ezra akan saman Jawi, Jais, KDN

 | June 2, 2012

Selain itu semakan kehakiman terhadap pengharaman buku Allah Cinta dan Kebebasan akan difailkan tidak lama lagi.

KUALA LUMPUR: Penerbit buku Allah Cinta dan Kebebasan, Ezra Zaid akan menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),  Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)  dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya akan memulakan saman sivil tidak lama lagi.

“Saman terhadap Jawi adalah kerana mereka telah merampas buku di kedai buku manakala saman terhadap Jais adalah kerana rampasan buku dan penahanan saya di pejabat.

“Saman terhadap KDN adalah kerana pengharaman buku Allah Cinta dan Kebebasan.

“Selain itu saya akan turut memohon semakan kehakiman terhadap pengharaman buku itu,” jelas Ezra yang juga adalah pengarah urusan ZI Publications.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan tidak formal #UndiMsiaChats di Bangsar pagi ini membincangkan penahanan beliau oleh Jais pada hari Selasa.

Ezra tidak diwakili

Pada 15 Mei  lepas penulis buku Allah Cinta dan Kebebasan, Irshad Manji datang ke Malaysia untuk mempromosi bukunya yang diterjemah dari Bahasa Inggeris.

Ezra  turut menjelaskan bahawa beliau tidak diwakili ketika dihadapkan di mahkamah syariah meskipun peguam Nizam Bashir berada di sana.

“Saya memberitahu hakim bahawa saya diwakili beliau (Nizam) tetapi beliau menafikannya.

“Ini kerana beliau mempunyai lesen untuk mengamalkan undang-undang syariah di Kuala Lumpur, bukan di Selangor,” kata Ezra.

Beliau turut mendakwa bahawa pihak Jais sengaja melambat-lambatkan proses keadilan ketika berada di mahkamah.

Bagaimanapun beliau merakamkan penghargaan kepada pihak bank CIMB yang melambatkan proses penutupan cawangannya untuk membantu beliau membuka akaun simpanan yang diguna untuk memasukkan wang jaminan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments