Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Hanuman: Suara Hati – Bahagian 33

 | June 2, 2012

'Jangan kau jejaskan nama baik kau sebagai putera kayangan dengan memihak pada Ravana.'

FEATURE

“Jadi, kau memihak pada pihak yang bersalah?”

“Aku berpihak pada ayahku.”

“Mengapa?”

“Dia yang membesarkan aku dengan penuh kasih.”

“Tapi dia berada di pihak yang bersalah! Jangan kau jejaskan nama baik kau sebagai putera kayangan dengan memihak pada Ravana.”

Ditenungnya lagi aku; cuba berkata sesuatu.

“Aku terpaksa.”

“Kau sanggup berperang bagi pihak Ravana hanya kerana kau terpaksa?”

“Ya. Aku mahu menjadi anak yang setia.”

Sunyi. Hanya aku dan Indrajit yang masih terjaga di luar. Tentera Rama dan Surgiwa masih dikuasai panah wimuasara. Bibasenam di dalam khemah; menjaga Rama.

“Kau tahu bahawa Ravana yang bersalah dalam hal ini, bukan?”

“Ya, tentu sekali.”

“Lalu, kau mahu memenangkan pihak yang bersalah?”

“Tidak.”

Ah! Indrajit sukar difahami. Di pihak mana dia sebenarnya: Rama atau Ravana? Arya atau Dravida?

“Kau fikir siapa yang akan mencapai wijaya?”

“Pihak yang memperjuangkan kebenaran, tentunya.”

“Rama?” Aku semakin bingung.

“Tentunya.”

“Dan Ravana pula …?”

“Dewata Mulia Raya tidak akan memenangkan pihak yang bersalah.” Indrajit merenung lagi ke dalam mataku. “Aku tahu bahawa aku akan mati. Aku tahu bahawa ayahku juga akan tewas dalam perang ini. Tapi biarlah kematian kami nanti menjadi teladan kepada seluruh alam.”

Aku membisu. Terlalu aneh Indrajit.

“Kau terlalu aneh. …”

“Anehkah kalau aku mahu setia pada ayahku? Anehkah jika aku mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka yang berada di pihak yang bersalah pasti tewas?”

Aku merenung mata Indrajit. Ada sesuatu di dalamnya. Ada sesuatu yang sukar ditafsirkan.

“Kesetiaan kau terlalu luar biasa,” aku meluahkan apa yang lahir dalam hati.

Indrajit tersenyum. Terasa bagaikan kami berdua sudah lama bersahabat karib!

“Kau akan faham sendiri kalau kau punya ayah yang membesarkan kau dengan penuh tanggungjawab.”

Ah! Adakah dia menyindir aku? Mustahil. Mustahil dia tahu asal-usul diriku.

Aneh! Indrajit sudah tiada di hadapanku dalam sekelip mata. Di mana dia? Ke mana perginya Indrajit?

Ayah! – Bersambung esok

Baca juga:

Bahagian terdahulu

Uthaya Sankar SB gemar membaca pelbagai versi “Ramayana” sejak kanak-kanak. Beliau juga menulis beberapa cerpen berbentuk parodi dan satira berdasarkan kisah-kisah dalam epik ini.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments