Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Ketua Wanita PKR kesal SPRM bebaskan ketua Wanita Umno

June 2, 2012

Zuraida Kamaruddin mahu skop siasatan SPRM dibentang dan bukan sekadar satu proses ibarat melepaskan batuk di tangga.

PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR berkata beliau merasa amat kesal keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes penglibatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Pusat Fidlot Kebangsaan yang  membabitkan pinjaman RM250 juta.

Zuraida Kamaruddin berkata, skop siasatan SPRM  dibentang dan bukan sekadar satu proses ibarat melepaskan batuk di tangga.

Katanya. segala pendedahan penyelewengan RM250 juta yang dikemukakan jelas mengaitkan  Shahrizat kerana beliau adalah seorang menteri yang duduk serumah dengan pengerusi dan ahli lembaga pengarah NFC.

Pengerusi NFC Datuk  Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

“Desakan untuk saya meminta maaf kepada Shahrizat  tidak timbul kerana umum mengetahui bahawa penganugerahan tender kepada suaminya  dibuat secara tertutup dan hanya dua buah syarikat yang dijemput iaitu NFC dan Felda Farm Sdn Bhd.

“Nyata jika dilihat kepada kedua-dua syarikat ini, Felda Farm Sdn Bhd lebih layak mendapat tender tersebut kerana mereka lebih berpengalaman.

“Ini secara terang menunjukkan bahawa perbuatan memberi tender tersebut kepada NFC adalah penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Persoalan seterusnya ialah apakah mungkin NFC diberi tender tersebut atas kapasiti peribadi Salleh  yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mengendalikan projek lembu fidlot melainkan beliau adalah suami kepada seorang menteri pada ketika itu dan sedikit sebanyak melibatkan kroni,” katanya dalam kenyataan media.

Cabar Najib lantik semula Shahrizat

Khamis lalu, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya itu.

Shahrizat  telah meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat 9 April lalu setelah tarikh lantikan Senator tamat..

Zuraida mencabar  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melantik semula Shahrizat sebagai menteri sekiranya BN dan Umno yakin beliau tidak terlibat langsung dalam NFC.

“Wanita Umno sepatutnya keluar dari politik cetek dan dangkal. Amat jelas tiada seorang pun di dalam sayap Wanita itu yang berwibawa menggalas jawatan yang telah dikosongkan oleh Shahrizat.

“Wanita Umno serta wanita di seluruh negara dimalukan dan dihina apabila Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Wanita sehingga kini,’ kata Zuraida lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments