Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PAS nafi bilangan kerusi Parlimen kecil berbanding DAP

 | June 3, 2012

Hakikatnya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS pada PRU12 adalah jauh lebih banyak berbanding DAP.

SEREMBAN: PAS hari ini menafikan bahawa bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi oleh parti tersebut kecil berbanding DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani memetik laporan muka depan Sinar Harian hari ini berkata, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak tepat.

“Ini hanya dakyah pemimpin Umno untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengundi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada hakikatnya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS pada PRU12 adalah jauh lebih banyak berbanding dengan DAP.

“PAS bertanding di 64 Parlimen sementara DAP hanya 47 kerusi.
Bagaimana disebut PAS bertanding kerusi Parlimen yang kecil berbanding DAP? Jika dibuat perbandingan dengan PKR, saya akui kerusi Parlimen ditandingi PKR jauh lebih banyak iaitu 95 kerusi.

“Walaubagaimanapun harus diingat daripada 95 kerusi ditandingi PKR, 21 kerusi PKR di Sabah dan 12 kerusi adalah di Sarawak.

Bermakna tidak mengambil kira kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR bertanding di 62 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Sementara DAP pula hanya bertanding 35 kerusi Parlimen di Semenanjung.

“Ini bermakna dalam konteks Semenanjung, PAS yang lebih banyak bertanding kerusi Parlimen terutama kerusi majoriti Melayu.

Propaganda Umno

“Umno cuba mengelirukan rakyat dengan propaganda kononnya jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat maka Bukan Melayu akan menguasai Putrajaya. Inilah permainan mereka untuk mencemaskan orang Melayu,” jelas Mohd Taufek.

Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi berkata pada PRU 12 rekod membuktikan bahawa PAS juga bertanding di Parlimen Kota Raja yang merupakan kerusi tradisi calon MIC.

Calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan calon MIC, S Vigneswaran. Malah calon PKR, Dato’ Kamarul Baharin Abbas juga menumpaskan calon MIC, Dato’ S Sothinathan di Telok Kemang.

“Maka mengatakan kepentingan Melayu akan terhakis jika mengundi calon Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Ini satu bukti bahawa Pakatan Rakyat bukan diwakili oleh sebuah parti atas dasar bangsa semata-mata tetapi parti-parti yang mewakili rakyat.

“Di dalam Pakatan Rakyat kita pertahankan hak orang Melayu. Tetapi ini bukan bermakna kita nafikan hak Bukan Melayu. Kita tetap perjuangkan hak setiap kaum di Malaysia.

“Saya berharap Sinar Harian dapat betulkan fakta mengatakan PAS bertanding kerusi Parlimen yang kecil berbanding DAP.

“Mungkin mereka mendapat fakta dari sumber yang tidak tepat. Segala fakta membabitkan jumlah kerusi yang ditandingi oleh setiap parti politik boleh dirujuk dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

“Jika kaedah matematik digunakan, maka saya juga boleh kata bahawa kerusi Parlimen yang ditandingi PKR juga lebih kecil berbanding

PAS dan DAP. Gabungan kerusi PAS (64) dan DAP (47) akan menghasilkan 111 kerusi Parlimen berbanding PKR 97 kerusi Parlimen.

“Jika diambil kira dalam konteks Semenanjung pula, PAS (64) dan DAP (35) memiliki 99 kerusi Parlimen berbanding PKR hanya 62 kerusi Parlimen.

“Justeru itu saya menyeru semua pihak agar keluar dari kepompong budaya politik “divide and rule” (pecah dan perintah) yang diperkenalkan oleh penjajah British dulu,” kata Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments