Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pilihan raya ketika musim haji spekulasi PAS

June 3, 2012

Bekas Perdana Menteri berkata PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai semata-mata spekulasi PAS apabila mengandaikan pilihan raya umum akan diadakan ketika musim haji ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata PAS hanya mahu meraih sokongan daripada pengundi beragama Islam.

“Perdana Menteri belum lagi mengumumkan tarikh untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), jadi bagaimana pula mereka (PAS) boleh tahu bila tarikh pilihan raya.

“Lagipun takkan Perdana Menteri nak buat seperti yang disebut itu, beliau (Najib) orang Islam juga,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan notebook kepada pemimpin masyarakat di dalam kawasan Parlimen Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjangka PRU13 akan diadakan  September ini ketika musim haji bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

`Orang Umno pun tunai haji’

Beliau mendakwa langkah itu dibuat berikutan ramai penyokong PAS akan  mengerjakan haji pada masa itu dan Umno sebagai tunjang BN akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengelakkan isu sebenar berhubung pembersihan sistem pilihan raya sebelum proses mengundi diadakan.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut hadir pada majlis itu berkata kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan seolah-olah pengundi dari PAS sahaja yang menunaikan haji.

“Orang Umno pun menunaikan haji dan bukan hanya orang PAS sahaja pergi Mekah. Jadi janganlah buat kenyataan seolah-olah kita (Umno) boleh  menang kerana buat (mengundi) masa orang menunaikan ibadat haji.

“PAS juga dilihat seperti takut dengan kekuatan BN sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya percaya ia (kenyataan itu) untuk tarik pengundi Islam membenci kerajaan,” katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas.

-Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments