Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

S’gor tidak bantu kurangkan NRW

 | June 4, 2012

Menurut Mohd Zain Mohamed, kerajaan negeri telah membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) syarikat konsesi.

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor mempersoal peranan syarikat anak kerajaan negeri dalam membantu menurunkan peratusan air yang tidak membawa hasil (NRW – Non Revenue Water) sedangkan kerajaan negeri terus menuding jari ke atas syarikat konsesi ekoran kegagalan tersebut.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata, sikap kerajaan negeri tidak masuk akal apabila terus mempersalahkan pihak konsesi sedangkan modal untuk kerja-kerja pembaikan paip dibekukan.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, kerajaan negeri telah membekukan Perbelanjaan Modal (Capex – Capital and Expenditure) syarikat konsesi,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Ujar beliau, “tanpa modal tersebut syarikat konsesi tidak berupaya melakukan kerja-kerja pembaikan paip.

“Kerajaan negeri mempunyai saham di loji-loji rawatan air yang diuruskan oleh syarikat-syarikat konsesi ini. Jadi sikap lepas tangan kerajaan negeri begitu memalukan sekali,” tambahnya.

Menurut Mohd Zain, NRW adalah dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Sedangkan kerajaan melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad

(KDEB) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) memegang 30 peratus dari syarikat konsesi sendiri.

“Mana peranan KDEB dan Perangsang untuk bantu kurangkan peratusan NRW? Kerajaan negeri juga merupakan sebahagian ahli lembaga pengarah dengan sengaja membekukan Capex.

“Pada masa sama menuduh syarikat konsesi tidak melaksanakan kerja-kerja menurunkan peratusan NRW,” katanya.

Mohd Zin turut mendakwa, pemberian air percuma yang diberikan kerajaan negeri tidak menyeluruh dan masih ramai lagi rakyat yang tidak mampu membayar harga tarif air yang tinggi kerana penggunaan meter secara pukal.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments