Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Nizar sedia kerjasama dengan polis

 | June 4, 2012

Beliau juga ingin tahu isi kandungan aduan polis yang dibuat terhadap dirinya.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak polis yang menyiasat kenyataannya menerusi laman mikro blog Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Sultan Ismail.

“Saya akan beri kerjasama. Mana-mana yang saya tahu saya akan jawab. Saya pun ingin tahu apa aduannya dan dakwaannya di bawah seksyen apa dan akta apa,” kata Nizar yang juga merupakan Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataannya pada hari Rabu ini.

Kenyataan di dalam Twitter itu ditulis pada minggu lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu pertemuan dengan pemberita selepas program tinjauan mesra rakyat di Taman Sri Lombak, Kluang hari ini menyatakan terdapat 39 laporan terhadap Nizar.

“Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff, pihak polis Johor telah menerima 39 laporan polis dan kenyataan daripada 39 orang mengenai kenyataan Nizar itu,” Hishammuddin dilaporkan berkata.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments