Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PKNS mesti batal cadangan pembangunan Kelana Jaya

 | June 4, 2012

Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, kata Nik Nazmi.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad menyarankan agar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan rancangan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan rakyat dan masyarakat setempat.

“Saya percaya sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan rancangan pembangunan itu.

“Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS itu berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebuttetapi Petaling Jaya secara keseluruhan.

“Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) dan saya sendiri dibekalkan maklumat yang sama.

“Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan.

“MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah,” terang beliau.

Menurut Nik Nazmi, sebelum ini beliau telah menggesa agar perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Dewan Negeri Selangor.

Semalam, penduduk Kelana Jaya mengadakan demonstrasi aman mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim segera batalkan projek pembangunan di tapak padang Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya.

Mereka membawa sepanduk antaranya “batal segera projek padang PKNS” dan “Datuk Bandar MBPJ jangan jadi kambing hitam” mendesak supaya tapak itu kekal diwartakan sebagai kawasan hijau (rekreasi).


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments