Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PM: Dunia iktiraf perpaduan negara

 | June 4, 2012

Pemimpin luar melahirkan rasa kagum mereka dengan senario unik negara selain menyifatkan Malaysia sebagai contoh terbaik kepada dunia.

PAKAN (SarawaK): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kemajuan dan perpaduan jitu dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini mendapat pengiktirafan dunia.

Malah katanya, pemimpin luar melahirkan rasa kagum mereka dengan senario unik negara selain menyifatkan Malaysia sebagai contoh terbaik kepada dunia.

“Baru-baru ini, dua senator dari Amerika Syarikat melawat Malaysia. Mereka mengkagumi kejayaan Malaysia dan terpesona dengan perpaduan dan perkembangan ekonomi negara kita. Tidak cukup dengan itu mereka kata Malaysia boleh dijadikan contoh kepada dunia.

“Ini orang luar yang cakap … bukan Barisan Nasional (BN) apatah lagi pembangkang,” katanya pada Majlis Mesra Gawai, di Rumah George Nanga Nangsang di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan Ikom dan kenamaan lain.

Aspirasi pembangunan

Beliau memberitahu, selaras dengan aspirasi pembangunan negara, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membangun negeri ini melalui pelbagai pendekatan.

Katanya, usaha itu juga diterjemahkan dengan penyaluran peruntukan sebanyak RM2.3 bilion hasil tinjauan mesra sejak tiga tahun lalu.

“Ini kerana Sarawak penting bagi kita dan banyak menyumbang kepada kejayaan Barisan Nasional (BN). Justeru, tak perlulah kita dengar hasutan pembangkang. Mereka tidak ada rekod membela rakyat sebaliknya, hanya pandai menghasut sahaja,” katanya.

Najib berkata, sambutan gawai tahun ini berbeza kerana ingin memberi peluang kepada penyertaan seluruh lapisan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

“Saya inginkan kelainan, kerana saya ingin menyambut gawai bersama rakyat Sarawak. Kalau kita buat tertumpu di bandar utama, tentu sekali sebahagian besar rakyat tak akan dapat bersama dalam majlis tersebut.

“Sambutan ini membuktikan betapa istimewanya Malaysia yang tiada tolok bandingnya dengan negara lain. Walaupun kepelbagaian ini begitu luas dan bermacam-macam aneka, kita tetap kukuh bersatu padu bawah naungan konsep 1Malaysia.

Malah, sebelum ia diperkenalkan, Sarawak sudah lama mempraktikkan konsep ini,” tambahnya.

Terdahulu, perdana menteri mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk tempatan, lawatan sehari Najib ke pedalaman itu membuktikan beliau mengamalkan konsep 1Malaysia.

Pada majlis itu, tetamu menikmati juadah Gawai Dayak dan diraikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta tradisi Dayak. Program dihadiri 3,000 penduduk sekitar Pakan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments