Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

‘Fauzi Shaari tak jadi calon’

 | June 6, 2012

Menurut Nizar, bekas Pengarah JSJ PDRM menyertai PAS selepas parti menghantar senarai calon.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Sri Nizar Jamaluddin hari ini menolak kemungkinan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari menjadi calon PAS  kerusi parlimen Larut dalam pilihan raya umum ke – 13.

“Nama calon untuk semua kerusi sudah pun dihantar tiga empat bulan yang lalu dan masing -masing telah memulakan aktiviti di kawasan mereka.

“Tambahan pula  Fauzi menyertai PAS selepas kita hantar senarai calon,” ulas Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Nizar  juga  merupakan Adun Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika ditnya mengenai kemungkinan Fauzi menjadi calon PAS di Larut.

Bagaimanapun Nizar menambah bahawa kata putus berkenaan calon akan dibuat oleh pimpinan PAS pusat.

Fauzi telah menyertai PAS tiga minggu lepas.

Semasa menyerahkan borang keahlian kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Taiping, Fauzi menegaskan bahawa beliau mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Kerusi parlimen Larut dipegang oleh Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin yang telah menewaskan calon PAS Dr Mohd Dhari Othman dengan undi majoriti 1,911 dalam pilihan raya umum 2008.

Kesemua tiga DUN di kawasan larut juga dimenangi oleh BN.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments