Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Khaled Nordin arah PTPTN sekat pinjaman Unisel?

 | June 6, 2012

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dakwaan ini jelas dibuktikan Khaled melalui laman sosial Twitter yang disiarkan kelmarin.

PETALING JAYA: Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin didakwa mengamalkan politik dendam apabila menyekat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel).

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, dakwaan ini jelas dibuktikan Khaled melalui laman sosial Twitter yang disiarkan malam tadi.

“Unisel boleh hapuskan yuran, dengan sendirinya memenuhi matlamat pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yang dilaungkan Anuar (Naib Canselor Unisel) dan Pakatan,” Khaled dipetik akaun twitter miliknya.

Menurut Rafizi, kenyataan Khaled ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada beliau sendiri yang mengarahkan PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel.

“Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar.

Politik dendam

“Apakah beliau sendiri yang mengarahkan PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno-Barisan Nasional (BN)?,” soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mencabar Khaled membuat penjelasan sama ada dakwaan ini benar.

Jika tidak benar, Rafizi menggesa Khaled perlu bertanggungjawab campur tangan dan memastikan tindakan yang zalim ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

“Jika benar tindakan ini perlu dikutuk dan beliau perlu meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik dendam yang tidak lagi sesuai dengan politik mutakhir,” katanya.

PTPN dilaporkan mula menghentikan pinjaman kepada pelajar semester baru Unisel sejak tiga bulan lalu.

Walaupun Pakatan Rakyat meyokong pendidikan percuma, namun beliau menegaskan sebarang perubahan dalam model pendidikan tinggi hanya boleh dilaksanakan mengikut bidang kuasa Pusat.

Disebabkan ini, beliau berkata jawatan Khaled selayaknya perlu digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang dilihat lebih bersikap profesional dan matang dalam isu pendidikan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments