Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

PAS Kedah umpama tong kosong

 | June 6, 2012

Program Hijau sekadar untuk menunjuk pembangkang tetap kuat.

ALOR SETAR: Umno Kedah berkata, PAS dan Pakatan Rakyat yang  kini resah dengan kemerosotan sokongan rakyat mula membuat pelbagai program besar bagi menunjukkan pembangkang masih kuat dan akan memerintah negara selepas pilihan raya umum ke 13.

“Program Hijau PAS itu tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan kepada rakyat Kedah terutama sekali bahawa pembangkang tetap kuat.

“Tetapi yang sebenarnya PAS takut kepada sokongan rakyat kepada BN Kedah. Ceramah-ceramah PAS dan Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan, tempat ceramah kosong.

“Orang sudah muak dengan PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad.

Beliau mengulas Himpunan Hijau PAS di Stadium Darul Aman Jumaat lalu yang dilaporkan dihadiri puluhan ribu orang ahli dan penyokong parti itu.

PAS mengadakan perhimpunan tersebut sebagai simbolik bahawa parti itu dan Pakatan Rakyat sudah bersedia mengambilalih Putrajaya dalam pilihan raya 13.

`Api dalam sekam’

Manakala bekas, aktivitis PAS, Abdullah Hashim berkata, 60 peratus mereka yang hadir dalam perhimpunan Jumaat lalu itu anak muda yang tidak boleh mengundi.

“Buat apa anak-anak  muda umur 16 dan 18 tahun datang melainkan untuk suka-suka,” kata beliau ketika dihubungi.

Pada pandangan Abdullah, Pakatan Rakyat akan gagal mempertahankan Kedah dalam pilihan raya umum 13 nanti.

Katanya, orang Kedah sudah meluat dengan perangai kepimpinan PAS negeri terutama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang lemah.

“Beliau (Azizan)  hanya dipertahankan oleh Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Mustafa (Datuk Mustafa Ali), yang lain tidak peduli.
“Konflik PAS Kedah umpama api dalam sekam, tidak nampak di mata tetapi merebak dalam diam,” tambah beliau lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments