Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Kenyataan Donald jejas sokongan kepada anaknya

 | June 7, 2012

Rakyat dikawasannya tidak terkejut dengan kenyataannya mahu bertanding atas tiket bebas pada PRU13.

SRI AMAN: Hasrat Donald Lawan yang mahu bertanding dengan menggunakan tiket bebas di kawasan Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak mengejutkan rakyat kawasan tersebut.

Ini kerana rakyat sudah sedia maklum bahawa beliau tidak akan dipilih oleh pucuk pimpinan Parti Rakyat Sarawak (PRS) untuk menggantikan tempat Masir Kujat selaku calon parti terbabit untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Persoalannya ialah adakah beliau (Donald) mempunyai kuasa melucutkan jawatan Tuai Rumah yang tidak menyokongnya pada PRU13 itu nanti?,” soal Ketua Pergerakan Pemuda PRS Balai Ringin, Tuai Rumah Alex Libau menerusi siaran akhbar.

Kata Alex, Donald tidak seharusnya menyatakan ugutan untuk melucutkan jawatan Tuai Rumah hanya disebabkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri atau Perdana Menteri.

Justeru, beliau mahu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Begunan itu sedar bahawa kejayaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya terletak pada pengundi dan sekali gus tidak akan menggentarkan rakyat Dun Balai Ringin selepas ini.

“Wakil rakyat boleh disamakan seperti ‘peguam’. Namun begitu rakyat adalah hakim memandangkan keputusan tetap ditangan kita untuk menentukan mereka betul atau salah dan menang atau kalah.

“Donald harus berfikir berhubung tindakan ini kerana ia boleh memberi kesan terhadap sokongan rakyat Dun Balai Ringin terhadap anaknya (Snowdan) yang menjadi wakil rakyat BN di situ kelak,” katanya.

Turun padang

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita PRS Balai Ringin, Lena Libau berkata, ketua kaum dan penduduk di Balai Ringin menyifatkan bahawa Masir Kujat adalah seorang calon yang paling relevan untuk dicalonkan semula pada PRU13 nanti.

Masir selaku penyandang kerusi Parlimen Sri Aman menurut beliau dilihat sebagai seorang Ahli Parlimen yang sering turun padang menemui rakyat dalam kawasannya selain bertindak telus memberikan peruntukan kepada mereka dari masa ke semasa.

“Suara-suara sumbang yang mendakwa beliau menyalahgunakan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar atau MRP ternyata tidak benar sama sekali seperti yang dilaporkan oleh sebuah tabloid berbahasa Iban sebelum ini.

“Ia merupakan satu strategi daripada pihak yang cemburu terhadap kejayaan Masir dalam menyalurkan banyak projek pembangunan dalam kawasan Parlimen Sri Aman,” kata beliau.

Lena juga menambah bahawa mereka tahu dalang disebalik penyebaran fitnah tersebut memandangkan individu berkenaan cuba menjatuhkan kedudukan Masir Kujat menjelang PRU13 akan datang.

Malah beliau juga amat berterima kasih dan menyokong luahan kenyataan Presiden PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing di sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu berhubung isu terbabit pada 5 Jun lepas.

“Atas sebab ini Tuai Rumah, Wakil Tuai Rumah, rakyat, Pemuda dan Wanita PRS serta komponen parti BN yang lain di kawasan Balai Ringin memberi sokongan penuh kepada Masir menjelang PRU13 kelak,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments