Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

50 – 50 tapi Cina tetap Pakatan Rakyat

 | June 8, 2012

Mereka menyokong pembangkang kerana merasakan pembangkang akan membentuk kerajaan selepas ini.

PETALING JAYA: Pilihan umum 2008 mencatat keputusan mengejutkan di Perak. Dan men jelang PRU  13, Perak masih menjadi rahsia sama ada kekal kepada BN atau dirampas semula Pakatan Rakyat sebagaimana 2008.

Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP merampas  kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli dalam pilihan raya bersejarah itu.

Bagaimanapun,  angkara  dua PKR dan seorang DAP belot, BN merampas semula Perak dalam bulan Mac 2009.

BN meramalkan mereka akan menang dalam pilihan raya umum 13 dengan mendakwa tidak ada lagi kawasan hitam bagi mereka.

Manakala Pakatan Rakyat sangat yakin mereka akan merampas kembali kerajaan negeri kerana menganggap negeri itu merupakan sasarannya.

Perak mempunyai 59 kerusi negeri  dan 24 parlimen. BN  menang 13 kerusi Parlimen dan 28 kerusi DUN.

Penganalisis politik Perak Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata, berdasarkan perkembangan politik terkini peluang BN dan Pakatan Rakyat 50-50 tetapi pemerintah mempunyai kelebihan sedikit.

Umno harap pengundi Melayu

“Kelebihan itu kerana `faktor’ rakyat yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zambery Abdul Kadir.

“Gabungan Pusat dan negeri ini menyebabkan sebahagian pengundi yang dalam pilihan raya umum 2008 mengundi Pakatan Rakyat telah kembali ke pangkuan BN.

“Bagaimanapun, BN masih bergantung kepada pengundi Melayu kerana pengundi Cina tetap menyokong Pakatan Rakyat.

“Orang Cina menyokong pembangkang kerana mereka merasakan Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan selepas ini.

“BN pula , tidak boleh mengharapkan pengundi India sepenuhnya tetapi ramai telah kembali menyokong BN. Begitu juga pengundi atas pagar,” katanya.

Dr Abdul Latif menegaskan satu lagi kelebihan BN ialah Pakatan Rakyat sudah bercelaru dan sokongan kepada PKR juga merosot.

Katanya, orang Melayu semakin berpecah dan jika Umno boleh menyatukan mereka, Umno akan mendapat undi yang banyak.

DAP pula menggunakan perpecahan orang Melayu untuk mendapat undi dari mereka, tambah beliau lagi.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments