Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Beli MP Pakatan – Khalid Samad hanya ‘mengacah’

 | June 8, 2012

Mohd Zin Mohamed menyifatkan dakwaan dilemparkan ahli Parlimen Shah Alam itu hanya tindakan 'mengacah' kerana tiada butiran kukuh mengenainya.

PETALING JAYA: Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata dakwaan yang mengaitkan parti itu dengan cubaan membeli 15 ahli Parlimen Pakatan Rakyat hanya bertujuan politik semata-mata.

Beliau menyifatkan dakwaan dilemparkan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu hanya tindakan ‘mengacah’ kerana tiada butiran kukuh mengenainya.

Khalid semalam mendakwa wujud cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta kepada setiap 15 ahli Parlimen yang terpilih oleh Umno-BN melalui sebuah NGO.

“Beliau (Khalid Samad) sengaja nak buat cerita. Secara logik apa tujuan beliau? Hanya tujuan politik. Tiada asas dakwaan beliau.

“Saya tidak perlu layak benda-benda kelakar ini. Beliau sudah tiada modal malah benda yang didedahkan bukan fakta. Beliau hanya mengacah sahaja,” katanya yang juga Koordinator BN Selangor.

Mike enggan terima

Menerusi rakaman video  tiga jam itu dirakamkan hujung 2010 lalu di dalam sebuah restoran di Lembah Klang.

Bagaimanapun, Khalid berkata senarai nama 15 ahli Parlimen itu akan didedahkan pada selesa depan.

Sementara itu, ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam ketika dihubungi pula tidak menolak kemungkinan beliau antara yang tersenarai dalam 15 nama tersebut.

Katanya sejak tahun 2008 beliau sentiasa didatangi oleh ejen-ejen yang menawarkan wang untuknya melompat parti.

“Saya tidak nafi tawaran untuk melompat parti itu sentiasa ada. Tapi saya enggan terima. Rakan-rakan dalam PKR yang juga ahli Parlimen seperti Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Loh Gwo-Burne (Kelana Jaya) tidak terkecuali menerima kedatangan ejen-ejen seperti ini,” katanya kepada FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments