Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

England pilihan terhangat menang EURO 2012

 | June 8, 2012

Tinjauan di kalangan pemimpin politik, Jerman menjadi pilihan kedua dan diikuti Sepanyol pemenang 2008.

PETALING JAYA: Pasukan mana bakal menjulang Piala Eropah (EURO) 2012 yang akan bermula malam ini?

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memilih pasukan Jerman yang menang Piala Dunia sebanyak tiga kali.

“Pemain berkemahiran, kreatif dan pasukan yang sangat tersusun,” kata ahli Parlimen Machang itu.

Bagi ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, beliau meramalkan England akan menang Euro 2012.

Katanya, kemenangan England itu penting kerana negara itu akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada bulan depan.

Bagaimanapun, ahli Parlimen itu memberitahu beliau lebih mengemari  pasukan Belanda kerana menunjukkan prestasi baik semasa Piala Dunia 2010.

“Belanda layak separuh akhir tetapi untuk EURO 2012 saya memilih England,” katanya sambil tertawa.

Russia dan mafia

Timbalan Menteri Pengajian, Datuk Saifuddin Abdullah memilih pasukan Republik Ireland memenangi EURO 2012.

Manakala Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, memilih England kerana pemain berwibawa dan teruji.

Ahli Jawatan kuasa Kerja Pusat S Vell Paari yang juga anak bekas Menteri Kerjaraya dan Presiden MIC,  pula memilih England  untuk memenangi EURO 2012.

Ahli Parlimen MIC Cameron Highland, Datuk SK Devamany memilih pasukan Sepanyol kerana mempunyai rentak permainan yang menarik.

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar meramalkan Russia menjadi juara kerana mafia yang sangat kuat.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pula meramalkan Jerman akan menjuarai Euro 2012.

“Jerman akan menjuarai EURO 2012 berdasarkan prestasinya dalam Pila Dunia 2010. Saya juga berharap England akan bersara dari persada bola sepak Eropah,” kata aktivis masyarakat itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments