Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pakatan: Sokongan Cina padu, India goyah

 | June 8, 2012

Mereka mahu melihat siapa yang lebih pandai dalam mentadbir negeri, kata ketua DAP Perak.

Fokus Perak

PETALING JAYA: Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yakin bahawa pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

Ketika bercakap dengan FMT beliau berkata keyakinannya adalah berdasarkan dua faktor.

Faktor pertama ialah kejayaan pemerintahan DAP di Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Sokongan pengundi Cina secara umumnya adalah bagus tetapi ia tidak boleh dipandang enteng,” kata Ngeh.

Beliau berkata begitu sambil merujuk kepada sokongan pengundi Cina yang merekodkan undi protes dengan berpihak kepada BN dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004 dan faktor kaum.

“Sekarang faktor kaum calon tidak lagi menjadi persoalan. Mereka mahu melihat siapa yang lebih pandai dalam mentadbir negeri,” kata Ngeh yang juga merupakan ahli parlimen Bruas dan wakil rakyat DUN Sitiawan.

Ngeh menjelaskan bahawa pentadbiran kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng jelas menunjukkan bahawa kepimpinan Pakatan di peringkat negeri jauh lebih baik.

“Faktor Pulau Pinang sudah tentu akan menjadi faktor penentu pola pengundian masyarakat Cina.”

Faktor penentu kedua pola pengundian masyarakat Cina ialah pengambilalihan kerajaan negeri Perak oleh BN dalam tahun 2009 berikutan tindakan dua Exco dari PKR, Jamaluddin Mohd Radzi and Osman Jailu yang mengisytihar diri sebagai Adun Bebas.

Ini diikuti oleh oleh bekas Timbalan Speaker DUN Hee Yit Foong (DAP – Jelapang) yang mengikut jejak langkah Radzi dan Osman.

Faktor ini bukan sahaja mempengaruhi pengundi Cina malah semua pengundi di Perak.

MIC ramal sokongan 70 peratus

Sementara itu, Adun Buntong juga dari DAP, A Sivasubramaniam mendakwa bahawa sokongan masyarakat India kepada Pakatan Rakyat pada ketika ini adalah di tahap 48 hingga 50 peratus.

Buntong merupakan satu-satunya DUN dengan majoriti pengundi India di seluruh negara.

Pengundi India di situ berada di tahap 50 peratus manakala 49 peratus lagi terdiri dari pengundi Cina.

“Masyarakat India mahukan perubahan. Di Perak, mereka tahu bahawa bahawa kita di Pakatan tidak sempat untuk membantu mereka,” kata beliau, merujuk kepada pentadbiran Perak di bawah Pakatan Rakyat selama 11 bulan pasca Mac 2008.

Beliau turut mengkritik siri lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan sebagai mengagih undi masyarakat pelbagai kaum di Perak dalam tahun ini.

“Lawatan beliau tidak memanfaatkan masyarakat India langsung,” kata Sivasubramaniam.

Sementara itu, speaker DUN Perak Datuk R Ganesan dari MIC pula mendakwa sokongan masyarakat India untuk BN telah meningkat.

“Saya menjangka undi masyarakat India untuk BN berada di sekitar 60 hingga 70 peratus terutamanya sejak presiden  MIC mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak dalam bulan Februari.

“Ini kerana pendekatan Palanivel yang lebih agresif di peringkat akar umbi,” kata Ganesan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments