Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Pemimpin Umno diingat jangan tumpu kroni

June 10, 2012

Ismail Sabri Yaakob berkata perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.

BERA: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak
memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja sebaliknya semua rakyat.

Beliau berkata perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.

“Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut,” katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat.

“Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar hasutan serta pembohongan pembangkang yang menafikan usaha dilakukan kerajaan, sebaliknya biar rakyat tahu bahawa kerajaan BN serius membangunkan negara dan membela nasib mereka,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera mahu semua 50 cawangan Umno bahagian itu mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan semua golongan rakyat bagi mendekati mereka dan menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan.

Beliau juga mahu setiap cawangan itu melantik ketua, masing-masing bagi menjaga setiap 10 buah rumah di kawasan mereka bagi mengetahui masalah mereka dan menyalurkan maklumat itu kepada Biro Keahlian dan Pengundi Umno bahagian untuk tindakan segera.

Ismail Sabri juga berkata Umno bahagian itu sedang mewujudkan pangkalan data bagi profil semua keluarga di bahagian itu bertujuan untuk mengetahui secara terperinci mengenai latar belakang, sikap serta masalah yang dihadapi mereka.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments