Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

PM: Pilih evolusi bukan revolusi

 | June 10, 2012

Beliau menegaskan perubahan secara evolusi adalah pendekatan terbaik yang harus dipegang oleh semua pihak.

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perubahan yang dilakukan secara evolusi dan bukan revolusi akan menyumbang ke arah transformasi negara yang lebih positif.

Menurutnya, terdapat dua cara untuk melakukan perubahan. Satu kaedah revolusi yang mendatangkan perubahan secara mendadak.

Kemudian terdapat perubahan secara evolusi.

“Berdasarkan sejarah ketamadunan manusia dan lebih-lebih lagi dalam konteks masa ini, perubahan yang dibawa melalui evolusi lebih berkesan dari perubahan yang dilakukan secara revolusi,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 15,000 belia dari seluruh negara ketika berucap melancarkan Perhimpunan Evolusi KNR (Kelab Najib Razak) Gerakan Belia 4B Malaysia di i-City di sini semalam.

Perdana Menteri menegaskan perubahan secara evolusi adalah pendekatan terbaik yang harus dipegang oleh semua pihak dalam memastikan perubahan berjalan dengan teratur dan baik.

Berbanding dengan perubahan dalam bentuk revolusi kata beliau, pendekatan itu dilihat tidak berkesan dalam usaha mewujudkan satu keadaan yang baik.

“Kita lihat Mesir, walaupun perubahan patut berlaku tetapi hari ini belum dapat tenteramkan keadaan, ekonomi mereka tidak menentu dan hampir lumpuh, pelancongan mereka sendiri terjejas, pengangguran bertambah dan perkembangan ekonomi mendatar.

“Ini kerana mereka tidak dapat menangani perubahan dengan cara tersusun berbanding Malaysia, perubahan secara terancang dan sistematik serta perubahan kepimpinan yang baik.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Presiden Alumni Gerakan Belia 4B, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua Menteri Melaka dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Ghadafi Jamaludin.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments