Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Pesara polis mengaku fitnah Mat Sabu

June 11, 2012

Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku menfitnah Mat Sabu kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar.

BUTTERWORTH: Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu @ Mat Sabu mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di sini bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.

Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, hari ini mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu serta meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut.

Nathan mengaku telah membuat laporan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut dimana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.

“Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan,” katanya di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.

Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Jun untuk sambungan perbicaraan.

- Bernama


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments