Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

‘Tiada kompromi dalam isu MyKad’

 | June 11, 2012

JPN tidak pernah melantik mana–mana individu atau ejen untuk mewakili JPN dalam menjalankan kerja–kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri di luar pejabat JPN.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Dato’ Jariah Mohd Said berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana–mana individu yang didapati menyalahi undang–undang dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri.

Malah Jabatan ini katanya, akan memberi kerjasama penuh semasa siasatan berkaitan penglibatan pegawai JPN sekiranya diperlukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada penahanan seorang pegawai JPN berkaitan pemalsuan MyKad di Tawau seperti yang dilaporkan beberapa akhbar dan online media.

Jariah menegaskan bahawa JPN tidak pernah melantik mana–mana individu atau ejen untuk mewakili JPN dalam menjalankan kerja–kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri di luar pejabat JPN.

Dalam hal ini katanya, JPN tidak bertanggungjawab ke atas apa–apa transaksi permohonan kad pengenalan yang dibuat oleh individu tertentu di luar pejabat JPN.

“Justeru, sekiranya ada individu ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian, kami mohon kerjasama untuk segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,” terang beliau.

Selain itu katanya, JPN juga ingin menjelaskan bahawa permohonan kad pengenalan kali pertama (12 Tahun) adalah percuma bagi permohonan yang dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelahiran.

Manakala bayaran proses bagi setiap permohonan kad pengenalan pula hanyalah RM10.00 sebagaimana pada Jadual Fi di bawah Peraturan 6, Peraturan–Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

“Justeru, tiada sebarang bayaran permohonan kad pengenalan yang dikenakan melebihi harga tersebut seperti yang didakwa. Bahkan bayaran maksimum bagi kompaun kehilangan MyKad hanyalah sebanyak RM300.

“Oleh itu, JPN menasihatkan orang ramai yang ingin berurusan bagi permohonan mendapatkan dokumen pengenalan diri, agar berurusan terus di mana–mana pejabat JPN berhampiran dengan tempat tinggal masing–masing bagi mengelakkan penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments