Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube

ROS Lboard

Felda potong bajet peneroka RM100 juta

 | June 12, 2012

Keadaan itu dipercayai berkait dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Saham pada hujung Jun depan, dakwa PKR.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendedahkan pendapatan Felda tahun ini jatuh mendadak sebanyak 64 peratus berbanding tahun lepas.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR Wong Chen berkata, berdasarkan laporan Bajet Felda 2012, pendapatan Felda pada tahun 2011 mencecah RM2.5 bilion namun dijangka turun kepada RM900 sahaja pada tahun 2012.

Katanya, keadaan itu dipercayai berkait dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Saham pada hujung Jun depan.

“Apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGV, Felda telah menyerahkan semua pokok dan ahsil kelapa sawit kepada FGV. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Wong berkata, disebabkan kejatuhan pendapatan itu, kebajikan peneroka turut dipotong sebanyak RM100 juta.

Bajet itu menunjukkan Felda telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka pada tahun 2011, namun dipotong 23.13 peratus menjadi RM326 juta sahaja pada tahun 2012.

Bajet pembangunan kurang 57 peratus

Berdasarkan jumlah potongan itu, bajet untuk pembangunan infrastruktur yang meliputi pembinaan jalan, masjid, dan perumahan paling banyak dikurangkan sebanyak 57 peratus.

Pembangunan Belia dan Generasi Kedua dan Ketiga turut dikurangkan sebanyak 27 peratus, manakala bonus Hari Raya dan Pelan Insurans bagi peneroka masing-masing juga dikurangkan sebanyak 25 peratus.

Turut terjejas adalah bonus insentif produktiviti untuk peneroka yang dikurangkan sebanyak 22 peratus.

Menurut Wong, berdasarkan analisis sebelum adanya FGV, Felda pada setiap tahun membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta setahun untuk kebajikan peneroka.

Namun beliau optimis jumlah itu tidak akan meningkat sebaliknya akan kekal statik kepada RM300 sehingga RM400 sahaja pada tahun akan datang.

Katanya, ini disebabkan corak perniagaan Felda yang telah berubah daripada ‘pemilik ladang’ dan kini menjadi ‘penyewa’ akibat penyenaraian FGV.

Beliau berkata Felda sudah lama tahu kesan kerugian terhadap 112,635 peneroka akibat penyenaraian FGV apabila mengeluarkan laporan Bajet Felda 2012 yang diterbitkan pada hujung tahun lepas, namun masih meneruskannya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments