Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Langat 2 untuk kroni?

 | June 12, 2012

Jika diteruskan, Khalid Ibrahim bimbang kroni tidak dapat apa-apa.

PETALING JAYA: Selangor melengahkan pembinan loji Langat 2 kerana mahu memberi projek tersebut kepada kroni-kroni mereka, dakwa bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo.

Dakwanya lagi, berikutan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pelbagai helah untuk menangguhkan pembinaan Langat 2.

“Kalau Langat 2 ini diberikan kepada kroni-kroni mereka, masalah ini akan selesai. Projek ini RM2 bilion, bayangkan berapa banyak kroni akan dapat.

“Projek ini jika diteruskan, Khalid bimbang kroni-kroni tidak dapat apa-apa,” kata Dr Mohamad Khir.

Kerajaan Selangor hari ini mengadakan forum bagi membincangkan isu air di negeri itu.

Dr Mohamad Khir berkata, cadangan Selangor untuk menggunakan air bawah tanah sebagai bekalan air bersih juga sebagai tidak munasabah.

Katanya, air bawah tanah hanya boleh diambil tidak melebihi 30 peratus dari jumlah sebenar.

“Mengambil air lombong juga tidak wajar kerana banyak logam berat yang membahayakan kesihatan.

“Untuk memprosesnya memerlukan kos yang mahal,” tambahnya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments