Storify Feed Feedburner Facebook Twitter Flickr Youtube Vimeo

ROS Lboard

Mohd Taufek sedia hadapi Mohamad Hassan

 | June 12, 2012

Menurutnya, beliau tidak gentar dengan Menteri Besar Negeri Sembilan kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat meningkat.

SEREMBAN – Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani bersedia menghadapi satu lawan satu di kerusi DUN Paroi dengan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dalam pilihan Raya Umum (PRU)  ke-13.

“Kita bersedia menghadapi sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) kerana PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah buat persiapan rapi di Paroi menjelang PRU 13.

“Saya tidak gentar dengan kehadiran Mohamad  di DUN Paroi (jika benar percaturan tersebut). Saya bukan cakap besar tetapi keyakinan untuk mempertahankan DUN Paroi adalah berdasarkan kepada faktor majoriti pengundi DUN Paroi  adalah pengundi bermaklumat dan mempunyai akses kepada media alternatif.

“Selain daripada itu saya tahu apa yang telah saya lakukan dan sumbangkan kepada rakyat di DUN Paroi. Kita tidak perlu gusar sangat jika kita sentiasa buat kerja yang telah diamanahkan oleh rakyat sejak Mac 2008.

“Saya menghormati siapa pun calon UMNO di DUN Paroi tetapi saya yakin sokongan rakyat di Paroi terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat”, jelas Mohd Taufek yang dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan FMT mengenai kemungkinan Mohamad akan bertanding di Paroi bagi menamatkan dominasi PAS.

Apabila ditanya apakah maklumat yang diketahui oleh pengundi DUN Paroi yang akan memberikan kelebihan dan sokongan kepada PAS, Mohd Taufek berkata pengundi sedar bahawa banyak tuntutan pembangunan yang diminta oleh rakyat Paroi sejak bertahun-tahun hanya dilaksanakan oleh kerajaan hanya selepas beliau menjadi ADUN Paroi.

`Saya pernah disindir’

“Di dalam persidangan DUN, saya pernah disindir oleh Mohamad  kononnya saya menjaja cerita serata Negeri Sembilan bahawa saya lah yang buat itu dan ini (pembangunan) di DUN Paroi.

“Saya tidak pernah kata bahawa saya atau Pakatan Rakyat yang membina secara fizikal masjid baru Kampung Paroi, jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Kebangsaan Paroi dan klinik kesihatan Senawang.

“Apa yang saya kata ialah hanya selepas Umno kalah di DUN Paroi pada PRU 12, barulah kerajaan BN melaksanakan tuntutan rakyat setempat yang memohon masjid baru, jejantas pejalan kaki dan klinik kesihatan.

“Sebelum ini sudah bertahun-tahun penduduk DUN Paroi menuntut kemudahan ini tetapi kerajaan BN gagal melaksanakan. Tetapi sejurus selepas saya memenangi kerusi DUN Paroi, saya membawa isu pembangunan asas yang dituntut oleh pengundi Paroi sejak sekian lama ke Persidangan DUN dan ia dilaksanakan dengan cara “ekpres” dalam tempoh empat tahun ini.

“Sebagai perbandingan beberapa pembangunan asas yang dipohon oleh rakyat di DUN yang dimenangi oleh BN di Negeri Sembilan masih tidak dilaksanakan walaupun pemimpin Umno pernah berjanji untuk melaksanakan ketika kempen PRU 12”, kata Mohd Taufek.

Justeru itu Mohd Taufek yang juga Ketua PAS Rembau berkata pengundi di DUN Paroi sudah sedar bahawa untuk mendapatkan sesuatu pembangunan dengan kadar segera mereka harus mengundi calon Pakatan Rakyat.

“Hasil kajian kami terhadap pengundi di Paroi, rata-rata mereka merasakan apabila BN menang di sesuatu tempat maka kerajaan akan “take for granted” dan begitu liat untuk melaksanakan sesuatu tuntutan pembangunan.

“Walaubagaimanapun apabila seorang Pakatan Rakyat menang, maka kerajaan BN akan melaksanakan projek pembangunan dengan segera untuk menarik semula sokongan rakyat yang sudah beralih kepada Pakatan Rakyat”, tambah Mohd Taufek.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments